Isnin, 5 Ogos 2013

KEnal

Orang yng Ku Kenali 

Kau slepas kita brjumpa kasih. Kita menjadi rapat.susah untuk menjelaskannya . Namun selepas beberapa kau seperti sseoang yang ku tidak kenali . Aku sahaja yng terfikir aku slalu memerhati mu dngan cermat atau kau ....... (susahnya dijelaskan). HAti awak tidak sekuat seperti yng saya jumpa sebelum berkasih. Awak mengapa jadi bgini 

Ahad, 4 Ogos 2013

Sabar

Sabar menunggu
untuk dirimu menjadi sebahagian dariku
Jika mendapat ketentuan yang  Maha Satu

Rabu, 24 Julai 2013

TERTEKAN MAAF

TERTEKAN DAN MAAFKU

NOTA PENULIS:Minta maaf sebab tak de post baru sejak beberpa minggu ni disebabkan beberapa                                        masalah.harap enjoy  :')


SAUDARI,
Aku meminta maaf kepadamu kerana membuat kamu berduka.Kamu jangan lah bersedih kalau tidak jiwaku tertekan dan mencapai kegilaan terhadapmu.Aku menangis dalam diam terhadap dirimu .Aku ingin membuat sesuatu untuk menujukkan permintaan maaf ku tetapi ego menyebabkan diriku tidak berbuat apa2.





Isnin, 1 Julai 2013

Saudari

Saudari 

Nota penulis :Saya tulis ni pun sebab tak de idea lain nak tulis .Lepastu saya dapat idea ni pun apabila saya pi majlis kenduri sabtu lalu.Harap seronok ngan catatan saya ini.

  1. Saudari kau bagaikan singa dihadapan sahabatku tapi bagi ku ade taman yang indah tersorok di hati mu.
  2. Apabila ku melihat dirimu aku merasakan sesuatu yang lain terhadap dirimu.
  3. Aku tak boleh mengungkapkan banyak perkataan apabila ingin berbicara tentang dirimu .
  4. Aku harap kau bersama ngan aku selalu


Khamis, 27 Jun 2013

Di Halaman Rindu 


  1. Wahai kekasih ku aku tahu ku telah membuat salah. 
  2. Aku tahu aku telah membuat kesilapan sekarang aku cuba untuk membuka segala rahsia dari dlam hatiku sebelum parah dilain waktu.
  3. Saudari aku teringatkan dirimu bila aku merenung ke luar tingkap.
  4. Apabila aku berada di  halaman rindu aku cuba pejamkan mata dan mengingati riak wajah manis mu,Mengukir namamu di hatiku.
  5. Adakah kau masih menyukai aku lagi 
  6. Saudari aku memohon beribu ampun jikalau ada salah dan silap

Rabu, 26 Jun 2013

Ayat Power 


INI ANTARA AYAT-AYATNYA........

 

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah 


2. Tak lapuk dek hujan , tak lekang macam rambutan 


3. Tiada rotan , pelempang berguna juga 


4. Biar lambat asalkan tak cepat 


5. Biar putih tulang , jangan kuning gigi 



6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu , menang jadi arang , seri jadi abu bakar 


8. Carik-carik bulu ayam , lama-lama jadi shuttlecock


9. Secupak takkan jadi 18 cupak


10. Gajah mati meninggalkan gading , udang harimau mati
      meninggalkan kulit , manusia mati meninggal dunia


11. Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula makanan di
     dalam mulut.


12. Harapkan pagar , pagar tidak boleh diharap


13. Alang-alang mandi biar guna sabun


14.. Berapa berat mata memandang , berat lagi seguni beras


15. Cubit paha kanan , paha kiri tak rasa apa-apa pun


16. Diam-diam ubi berisi , diam-diam orang.... bisu


17. Hidup segan mati di tanam


18. Ikut hati mati , ikut rasa merasa


19. Lembu punya susu cap teko dapat nama


20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis


21. Jika kail panjang sejengkal , beli le yang panjang sikit kalau
      nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)


22. Hendak seribu daya , tak hendak tak apa


23.. Membujur lalu melintang pukang


24. Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri ,
      lebih baik hari tak hujan


25. Sebab pulut santan binasa , sebab mulut habis pulut


26. Kecil-kecil cili padi , kecil lagi biji cili


27. Kalau sudi katakan sudi , kalau tak sudi boleh
 - See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/ayat-power-yang-selalu-karam-singh.html#_

Selasa, 25 Jun 2013

Puisi untuk mu yang diingati


Saudari, saya di sini adalah seorang hamba allah yang lemah dan juga manusia biasa yng mempunyai fitrah sebagai manusia.

Warkah Cinta
Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Antara Dua kasih

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih
Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Keayuanmu
                         membuatku khayal di makan waktu
Senyumanmu
                         menjadi pengubat hatiku
kesedihanmu
                        membuat aku buntu
Tekananmu
                        membuat aku keliru
Kelunakan suaramu
                        mencairkan hatiku

Ahad, 23 Jun 2013


6 Tanda Lelaki Tersebut Sukakan Anda!




Berikut adalah 6 tanda-tanda lelaki tersebut suka akan anda:-
 1)  Dia sentiasa utamakan anda.
Contohnya, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak-agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh-sungguh dan  dia juga akan pastikan perkara tersebut di selesaikan dengan segera.
2) Dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda.
Lelaki suka akan anda jika dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar – debar untuk menatap wajah wanita yang dia suka.
3) Dia dapat tangkap isi hati anda.
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.
4) Dia tahu banyak hal mengenai anda.
Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda.
5) Dia renung anda ketika anda tidak melihatnya.
Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.
6) Dia akan panik jika anda terluka.
Jika anda terluka secara fikzikal atau mental, dialah yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

Malaysia dalam keadaan darurat 

Sekarang sesetangah kawasan di  Malaysia dalam keadaan darurat .Kita semua tak perlu panik dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah



  • Indeks Pencemaran Udara di Muar, Ledang cecah 746 melebihi tahap kecemasan
  • Pejabat kerajaan, swasta, kilang, ladang, kuari, tapak pembinaan dinasihat tutup

    Kuala Lumpur: Muar dan Ledang diisytiharkan daerah Darurat Bencana Jerebu mulai semalam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di dua kawasan berkenaan mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi semalam dan menurun kepada 690 pada jam 11 pagi dan 507 pada jam 5 petang, tetapi masih pada tahap berbahaya.
  • Darurat

    A) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan atau swasta dan tempat bekerja lain, termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. Langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa. 
    Penduduk Muar,   Ledang kena patuh    darurat
     Keadaan jerebu yang teruk di sekitar Muar menghadkan jarak penglihatan kepada pengguna jalan raya. - Foto Shahrul M Zain  

     
    Bagaimanapun nasihat penutupan itu dikecualikan bagi perkhidmatan:- Air dan elektrik 


    - Kesihatan awam
    - Bomba dan Penjara
    - Pos, telefon, telekomunikasi dan telegraf
    - Komunikasi radio, penyiaran dan televisyen
    - Pelabuhan, termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan yang ada kaitan
    - Pengangkutan darat, laut dan udara
    - Membekal bahan pembakar dan minyak pelincir - Perbankan dan kewangan
    - Semua yang terbabit secara langsung dalam pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No 20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

    B) Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan melaksanakan penutupan sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu

    C) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam

    D) JAS; Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kemerosotan kualiti udara

    E) Jabatan Bomba dan Penyelamat mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain

    F) Kementerian Kesihatan mempertingkatkan pemantauan dan rawatan kesihatan disebabkan jerebu di hospital dan klinik kesihatan

    G) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan jerebu

    H) Semua kementerian, jabatan atau agensi berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah membabitkan masyarakat.




    Sabtu, 22 Jun 2013

    My First Post

    Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan saya pembuka bicara
    Ini kali pertama saya menulis blog kalau ade salah dan silap dan tolong betulkan saya ye :

    HARI Sukan SMK DIY kali-14
    saya mengucapkan tahniah kepada Rumah Biru atau Panther kerana telah menjadi juara keseluruhan bagi hari sukan SMK DIY kali -14.Saya juga mengucapkan tahniah kepada KAPA SMKDIY kerana menjadi Unit Beruniform terbaik dalam kawad kaki.

    Ini disertakan beberapa gambar.Kebanyakkannya gambar KAPA harap enjoy ;)



    hahaha Muka aku kawad macam ni ke ????