Ahad, 23 Jun 2013

Malaysia dalam keadaan darurat 

Sekarang sesetangah kawasan di  Malaysia dalam keadaan darurat .Kita semua tak perlu panik dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah



  • Indeks Pencemaran Udara di Muar, Ledang cecah 746 melebihi tahap kecemasan
  • Pejabat kerajaan, swasta, kilang, ladang, kuari, tapak pembinaan dinasihat tutup

    Kuala Lumpur: Muar dan Ledang diisytiharkan daerah Darurat Bencana Jerebu mulai semalam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di dua kawasan berkenaan mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi semalam dan menurun kepada 690 pada jam 11 pagi dan 507 pada jam 5 petang, tetapi masih pada tahap berbahaya.
  • Darurat

    A) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan atau swasta dan tempat bekerja lain, termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. Langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa. 
    Penduduk Muar,   Ledang kena patuh    darurat
     Keadaan jerebu yang teruk di sekitar Muar menghadkan jarak penglihatan kepada pengguna jalan raya. - Foto Shahrul M Zain  

     
    Bagaimanapun nasihat penutupan itu dikecualikan bagi perkhidmatan:- Air dan elektrik 


    - Kesihatan awam
    - Bomba dan Penjara
    - Pos, telefon, telekomunikasi dan telegraf
    - Komunikasi radio, penyiaran dan televisyen
    - Pelabuhan, termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan yang ada kaitan
    - Pengangkutan darat, laut dan udara
    - Membekal bahan pembakar dan minyak pelincir - Perbankan dan kewangan
    - Semua yang terbabit secara langsung dalam pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No 20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

    B) Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan melaksanakan penutupan sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu

    C) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam

    D) JAS; Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kemerosotan kualiti udara

    E) Jabatan Bomba dan Penyelamat mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain

    F) Kementerian Kesihatan mempertingkatkan pemantauan dan rawatan kesihatan disebabkan jerebu di hospital dan klinik kesihatan

    G) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan jerebu

    H) Semua kementerian, jabatan atau agensi berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah membabitkan masyarakat.




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan